Pusat Rujukan Shariah bagi Kewangan Islam

[:en]

Rangkuman Standard Shariah

Pematuhan kepada keperluan Shariah merupakan prasyarat bagi memastikan kesahan produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Dalam hal ini, Bank Negara Malaysia telah mengambil langkah melaksanakan polisi pengawalseliaan berasaskan kontrak Shariah untuk memantapkan pematuhan Shariah yang menyeluruh  dan memastikan integriti dan kelangsungan institusi kewangan Islam (IKI).

Akta Perkhidmatan Kewangan  Islam (IFSA) memberi peruntukan kepada Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan Standard Shariah berdasarkan ciri-ciri khusus bagi setiap kontrak Shariah.  Kawal selia berasaskan kontrak Shariah diperlukan kerana transaksi kewangan Islam perlu dilaksanakan berasaskan kontrak Shariah yang spesifik dan jelas. Selain itu, setiap kontrak Shariah mempunyai profil risiko dan ganjaran yang unik.

Mandat Penguatkuasaan Standard Shariah

Bidang kuasa BNM dalam menentukan pematuhan Shariah, pruden, dan perlakuan perniagaan:

Seksyen 29. (1) BNM boleh, mengikut nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah, menentukan standard :

  1. mengenai perkara Shariah berkenaan dengan perjalanan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti oleh suatu institusi yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh suatu institusi yang menghendaki penentuan hukum Syarak oleh Majlis Penasihat Shariah
  2. untuk memberi kesan kepada nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah.

Seksyen 57. (1) BNM boleh menentukan standard mengenai perkara berhemat untuk menggalakkan :

  1. kedudukan kewangan yang kukuh bagi suatu institusi atau
  2. integriti, profesionalisme dan kepakaran dalam pelakuan perniagaan, hal ehwal dan aktiviti institusi

Seksyen 135. (1) BNM boleh menentukan standard mengenai pelakuan perniagaan kepada penyedia perkhidmatan kewangan bagi maksud memastikan bahawa penyedia perkhidmatan kewangan adalah adil, bertanggungjawab dan profesional apabila berurusan dengan pengguna kewangan.

Piawaian Shariah diwujudkan bertujuan untuk menyediakan rujukan Shariah, menggariskan keperluan operasi  dan menetapkan keperluan kepada pematuhan Shariah yang menyeluruh, amalan perbankan Islam dan takaful yang baik dan melindungi kepetingan pengguna.

 

[:]